Saturday, 7 January 2012

SLEEPOVER, LEPAS NGAN KAWAN2 & PUSS IN BOOTS..

 Sekom! Ha! Ingat lagi tak hari tu Farisa cerita yang mungkin tengok Puss In Boots? Hehe. Tahun lepas pada November ke Disember Farisa tengok dengan ayah, mama, Nazrin (adik) dan Hezry (sepupu). Kita tengok je yang biasa punya. Bukannya 3D. Pastu, maktok dan tokwan Farisa pula tengok apa? Ha! Mereka tengok Ombak Rindu.
 Movie diarang lambat sikit habis. Tapi kita semua pergi ke tempat permainan yang perlu token tu, dekat je dengan tempat wayang sementara menunggu. Habis duit mak aku, kena belanja la kitarang. Hehe. Selepas tengok Puss In Boots/Ombak Rindu, kita pergi ke Ikea dengan mama Hezry, Aunty Yati. Adalah, masa tu pun maktok dan tokwan aku masih lagi cari barang-barang untuk rumah mereka yang baru. Townhouse je pun. Ada-ada jelah aku ni nak cabut-cabut beli waffles kat Daily Fresh. Hehehehe. Lepas beli waffles, kita pergi Ikea. Ek eleh, kita dari The Curve boleh nak jambatan je untuk pergi ke Ikea. Lepas membeli-belah, kita semua makan malam kat Manhattan Fish Market. Aku minum air blue lagoon. Habis makan, aku, Hezry dan Nazrin pergi beli guli dekat mesen guli. Adik aku nangis minta ais krim. Ish -.-

Pasal sleepover dan lepak dengan kawan pula, ini ceritanya:

Aku bangun pagi. Pergi mandi dan tukar baju. Mak aku buat waffles untuk aku. Dia kata boleh guna Nutella untuk letak atas waffle tu. "RING!!". Dengar bunyi loceng rumah berbunyi. Tengok dekat pagar, DAYANA! Aku ajak dia ke bilik aku. Dayana hendak menukar baju lalu kitarang turun dan makan waffles. Syazana pula call Dayana, kata yang dia datang pada waktu malam. Sedihnya :( Lepas makan waffles, Dayana dan aku bawa teddy bear kitarang bawah. Aku punya Boo-boo, Dayana punya Marielle. Kita main masak-masak dengan teddy bear-teddy bear aku.

Tiba pun waktu malam. Syazana pun datang. Kita mandi dahulu lalu bermain game Monopoly aku. Kita berhenti main Monopoly dan bermain masak-masak. Tiba-tiba, mak aku memanggil aku untuk makan malam. Kita semua makan nasi goreng. Sedap! :D Lepas makan, kita ke atas sekejap untuk kemas Monopoly dan turun bawah untuk menonton TV. Kami menonton K-pop Hitz!

 Sorry ekk aku tak boleh jumpa gambar K-pop Hitz je. Yang ada pun K-pop Hitz Talent Show je. Anyways, selepas menonton TV, kita semua naik atas untuk bermain jual-jual pula. Konon-kononnya kita menjual rantai, gelang, subang dan banyak lagi. Setelah bermain, kita bertiga ngantuk dan terus tidur.

Hari kemudian, aku yang pertama untuk bangun. Aku bangunkan Nana. Nana bangunkan Dayana pula. Kita semua turun bawah untuk bersarapan. Nana menanya kalau boleh main badminton ke tidak. Mummy mengizinkan lalu kita bertiga mainlah badminton dengan gembira.

Selepas bermain badminton, kita mandi dahulu dan bersiap untuk jalan-jalan. Pada masa itu pun kita bertolak dari rumah. Tidak lama kemudian, kita pun sampai dekat Subang Parade. Mummy telah beli tiket untuk menengok movie Alvin And The Chipmunks 3 Chipwrecked.

  Best sungguh movie tu. Kesiannya Chipmunks dan Chipettes, kena Chipwrecked. :( Tapi mereka sangat, kelakar? =D Selepas menengok movie Alvin And The Chipmunks 3 Chipwrecked, kita bermain di tempat permainan yang perlu token. Pada pukul 5 ptg, kita pun pulang.

Pada pukul 6, Dayana perlu balik ke rumah dia sebab sepupu-sepupu dia akan balik ke rumah masing-masing esok. Sedihlah takde Dayana pada malam yang sama. Sebelum tidur, Syazana dan aku membuka Facebook. Dan tidur..ZZZZZ

Esok pula, takde banyak sangat dilakukan. Kita menonton TV dan bermain sahaja di rumah. Pada pukul 4 atau 5, Syazana pun balik....

No comments:

Post a Comment